PKR gesa IGP mohon maaf atas kematian Aminulrasyid
Diterbitkan: Mar 25, 2016 10:27 AM | Dikemas kini: Mar 25, 2016 10:33 AM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti memohon maaf secara terbuka kepada keluarga remaja Aminulrasyid Amzah, kata PKR.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam bahawa defendan bertanggungjawab ke atas kematian mangsa yang ditembak polis.
Dalam satu kenyataan malam tadi, Azmin berkata, memandangkan keputusan yang jelas oleh hakim Mahkamah Tinggi itu, maka IGP mesti memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Aminulrasyid.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.