Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaskan, saman terhadap kereta rasmi kerajaan tetap dikeluarkan jika ia dikesan oleh perangkap had laju.

Namun, beliau menjelaskan, penyelesaian saman tersebut mengikut pertimbangan pihak berkuasa.

"Memang semua kereta yang dikesan perangkap had laju kena saman. Sama ada bayar atau tidak itu lain. Sebab itu saya kata (saman itu) diselesaikan dengan cara pentadbiran.

"Maknanya bila nak bayar saman itu, kalau kereta itu kereta rasmi untuk kegunaan rasmi, ada justifikasinya. Dari segi pembayaran kita boleh pertimbangkan.

"Setiap kereta yang ditangkap (perangkap had laju) memang kena saman, walaupun kereta kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum anjuran Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) di ibu negara hari ini.

Beliau ditanya pemberita berhubung kenyataannya semalam bahawa kereta rasmi ketika digunakan untuk urusan kerajaan tidak disaman jika melebihi had laju.

'Tak timbul isu'

Selain itu, Nur Jazlan berkata, isu sama ada pihak yang menggunakan kereta rasmi kerajaan tidak akan disaman, tidak timbul.

"Setiap saman direkod, dikeluarkan. Cuma bila nak bayar, selesai cara pentadbiran.

"Dalam menggunakan kereta kerajaan dan urusan rasmi kerajaan, itu boleh diberi pertimbangan.

“Cuma cara saman itu dilunas dan dibayar terutama yang ada urusan rasmi kerajaan, itu diselesaikan cara pentadbiran.

"Yang penting setiap saman direkod dan dikeluarkan," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS