Pemimpin akar umbi dedah dipecat dari Umno
Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman hari ini mendedahkan bahawa beliau telah dipecat daripada Umno.
Kamarul berkata, beliau menerima surat memaklumkan pemecatan beliau daripada parti itu dua hari lepas daripada "Orang yang paling kuat" semasa Umno, Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Dalam ucapannya pada Kongres Rakyat hari ini, Kamarul bagaimanapun berkata dia mahu mengatakan "terima kasih" kepada Tengku Adnan untuk membuang beliau daripada parti.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak mempedulikan surat berkenaan dan Tengku Adnan tidak mempunyai hak berbuat demikian, sambil menegaskan beliau masih merupakan ahli Umno.
Kumpulan Kamarul, terdiri daripada pemimpin cawangan yang kecewa dengan Umno dan telah secara berterusan menentang Najib dan berulang kali menggesa beliau meletakkan jawatan.

