Siasatan global ke atas skandal 1MDB semakin meluas apabila pegawai-pegawai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan telah memohon butiran urusan firma pelaburan negara itu daripada Deutsche Bank dan JPMorgan.

Memetik sumber perbankan, Reuters melaporkan pegawai Amerika telah melawat ke Kuala Lumpur dan bercakap dengan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan firma itu.

Reuters juga dilaporkan bercakap kepada sekurang-kurangnya tiga sumber di ibu negara Malaysia itu.

Mereka berkata JPMorgan dan Deutsche bukan sasaran siasatan pada peringkat ini, tetapi hanya diminta untuk memberikan butiran.

Kedua-dua bank berkenaan dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat enggan mengulas.

[Baca berita penuh]