Polis hari menyoal-siasat wanita yang menjual banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng selama empat jam.

Phang Li Koon tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, kira-kira jam 9.40 pagi tadi dan beredar kira-kira jam 1 tengah hari.

Wanita itu disiasat berhubung akuan bersumpahnya pada 22 Mac lalu yang memperincikan penjualan banglo berkenaan.

Akuan itu dibacakan oleh exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh yang juga adalah ahli keluarganya.

Dalam akuan itu, Phang mendakwa beliau tidak mempunyai urusan perniagaan dengan Lim mahupun dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Umno menuduh Phang menjual banglo itu kepada Lim sebagai sebahagian daripada sogokan yang membabitkan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang telah dijual kepada pihak swasta.

Umno berkata banglo itu dijual di bawah harga pasaran semasa. Lim dan Phang bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat Lim berhubung perkara itu.

[Baca berita penuh]