Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KFA-D'Herbs masih belum capai kata putus
Diterbitkan:  Apr 1, 2016 7:10 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Persetujuan antara Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd mengenai kontrak penajaan nampaknya belum menemui kata putus.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bagaimanapun berkata, proses perbincangan antara kedua-dua pihak kini memasuki fasa akhir.

"Insya-Allah persetujuan antara KFA dan D'Herbs akan dicapai dalam masa terdekat.

"Tunggu pengumuman rasmi dan doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau, sebentar tadi.

Ahmad Bashah yang juga presiden KFA dikunjungi pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di kediaman rasminya di Seri Mentaloon, Alor Setar.

"Sebelum sama-sama menyaksikan (skuad) Helang Merah beraksi malam ini, Datuk Aliff Syukri telah berkunjung ke kediaman rasmi saya di Seri Mentaloon," kata Ahmad Bashah.

Terdahulu, kedua-dua pihak dijangka menandatangani kontrak bernilai RM30 juta untuk tempoh tiga musim bagi penajaan pasukan bola sepak Kedah.

Aliff ketika dihubungi sebelum ini juga mengesahkan beliau kini berada di Alor Setar.

"Eh, mana awak tahu? Biarlah rahsia dulu," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Aliff turut mengesahkan beliau akan berada di Stadium Darul Aman bagi menyaksikan perlawanan suku akhir separuh akhir kedua Piala FA antara Kedah dan Sabah, malam ini.

Difahamkan selepas pertemuan tersebut, kedua-dua pihak tidak mengadakan media.

Perkembangan Kerjasama KFA-D'HerbsSebelum sama-sama menyaksikan Lang Merah beraksi malam ini, Datuk Aliff Syukri telah...

Posted by Ahmad Bashah Md. Hanipah on Friday, 1 April 2016

Lihat Komen
ADS