Ahli Parlimen Selayang, William Leong mendapati adalah pelik kejadian pecah masuk di pejabatnya di Selayang Jaya pada Isnin lalu hanya menyaksikan kecurian kepala surat kawasan pilihanrayanya dan sebuah kamera.

Leong berkata semua kepala surat hilang dan bimbang kemungkinan ia disalahgunakan.

"Mereka tidak ambil komputer riba saya atau pembesar suara yang saya gunakan pada malam yang sama. Mereka hanya ambil semua kepala surat, kamera dan baucar Jom Shopping. Baucar ini tidak laku melainkan ada tandatangan saya.

"Saya mengesyaki pencuri memecah masuk untuk mencari sesuatu kerana mereka menggeledah seluruh tempat tetapi tidak mengambil barangan lain yang berharga," katanya.

Leong adalah ahli parlimen penggal kedua dan sebelum ini bendahari PKR. Pejabat khidmat kawasan Selayang dibuka pada tahun 2008.

Beliau berharap orang ramai akan berhati-hati jika terjumpa dokumen yang menggunakan kepala surat kawasannya.

"Saya bimbang mereka mungkin menyalahgunakan kepala surat saya," kata Leong yang juga seorang peguam.

Pencuri dipercayai masuk dengan memecahkan kunci pintu depan.

[Baca berita penuh]