Anggota Parlimen DAP Tony Pua berkata, walaupun laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak mengaitkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan 1MDB.

Menurut Pua, Najib perlu bertanggungjawab terhadap syarikat pelaburan yang dibebani hutang itu kerana beliau juga menteri kewangan.

"Sekurang-kurangnya dia perlu bertanggungjawab di peringkat kementerian.

“(Mungkin ada) apa-apa yang kita tidak tahu kerana kita tidak mempunyai penyata bank di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.