Saya tak rampas kuasa speaker, ulang Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sekali lagi menafikan beliau merampas kuasa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Tidak, saya tidak (rampas)," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab ahli parlimen DAP Anthony Loke yang menuduh beliau mengambil alih tugas Pandikar apabila mendakwa penangkapan ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli dilakukan mengikut undang-undang.
"Baca kenyataan saya berhati-hati, mungkin pembangkang dia tidak memahami Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia," kata menteri itu apabila ditanya mengenai perkara ini.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada speaker menerima kenyataannya.
"Anda baca kenyataan saya," ulang beliau.
Sebelum ini, Azalina menerima amaran dari Pandikar agar tidak merampas kuasanya apabila mengisytiharkan bahawa perbahasan mengenai isu derma RM2.6 bilion adalah subjudis
Berikutan itu, menteri itu berkata beliau tidak mempunyai niat untuk mengambil alih tugas Speaker.

