Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Arahan letak tangan di belakang 'cerita dongeng'
Diterbitkan:  Apr 8, 2016 12:51 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Polis menolak dakwaan pegawainya mengarahkan pemimpin PKR Rafizi Ramli meletakkan tangan di belakang ketika membuat tangkapan

“Dia hanya buat cerita dongeng untuk kelirukan orang ramai,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ( gambar ).

Katanya, ketika diring, Rafizi boleh meletakkan tangan di mana-mata ketika berjalan.

Peguam Rafizi bertegas pemimpin PKR itu diminta meletakkan tangan di belakang sebagai sebahagian daripada standard operasi piawai (SOP).

Saiful Izham Ramli mendakwa arahan supaya tahanan memegang pergelangan tangan sendiri dibuat bagi membataskan pergerakan.

Kenyataan peguam itu dibuat selepas beberapa keping gambar beredar di media sosial menuduh Rafizi cuba berlakon digari ketika diiring polis.

Lihat Komen
ADS