Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JPN Kedah perjelas isu patah dipukul ustaz esok
Diterbitkan:  Apr 8, 2016 4:00 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Jabatan Pelajaran Kedah akan menjelaskan dakwaan seorang pelajar cedera dipukul seorang ustaz di Baling esok, kata menteri pendidikan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penjelasan akan dibuat selepas siasatan jabatan itu selesai.

“Saya dimaklumkan bahawa Pengarah JPN Kedah akan membuat sidang akhbar pada Sabtu, 9 April 2016 jam 10.00 pagi berhubung insiden tersebut selepas selesai siasatan pihak JPN Kedah,” katanya.

Mahdzir mengumumkan perkara itu di Facebook sebelum semalam.

Seorang pelajar perempuan 13 tahun sebuah sekolah menengah kelmarin mendakwa patah tulang di bahagian tangan selepas dihentak dengan kerusi oleh seorang guru, Isnin lepas.

Pelajar itu mendakwa dibaling dengan kerusi plastik dan dihentak kepala dengan kerusi selepas memberitahu uzur selepas dipanggil mengaji al-Quran.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffudin Yusof mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dilakukan bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan, kerana menyebabkan kecederaan.

Saya dimaklumkan bahawa Pengarah JPN Kedah akan membuat sidang akhbar pada Sabtu, 9 April 2016 jam 10.00 pagi berhubung...

Posted by Dato' Seri Mahdzir Khalid on Thursday, 7 April 2016


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS