Azizah mahu 'bola kristal' untuk ramal pilihanraya Sarawak
Apa yang dimahukan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang adalah 'bola kristal' untuk meramalkan berapa banyak kerusi akan dimenangi Pakatan Harapan.
"Kami mensasarkan untuk mendapatkan apa sahaja kerusi yang kita tanding, kita masuk untuk menang, tetapi kita tahu realiti di bawah," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan berikutan pembubaran Dewan Undangan Sarawak hari ini .
Ditanya mengenai keyakinan HARAPAN, beliau berkata: "Tunggu dulu, saya harap saya mempunyai bola kristal,".
Beliau berkata gabungan itu tidak pernah berbincang untuk mengambil alih kerajaan negeri Sarawak dalam mesyuarat itu.
Harapan akan membincangkan bagaimana untuk memenangi kerusi pertama dan akan melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat itu, katanya.
Sementara itu, beliau berkata HARAPAN akhirnya berjaya menyelesaikan tuntutan kerusi bertindih antara sekutunya hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, rundingan kerusi itu tidak melibatkan PAS, yang mengumumkan bahawa ia akan bertanding di 11 kerusi.

