Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed senada dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung arahan kepada penganjur supaya membatalkan syarahan pendakwah Islam Dr Zakir Naik yang bertajuk 'Persamaan antara Islam dan Hindu.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Nur Jazlan berkata ketua polis mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

"Tugasnya (Khalid) adalah untuk memastikan bahawa ... pendirian agak tidak toleransi Zakir terhadap agama-agama lain selain Islam tidak (bertapak di sini).

"Ia berpotensi menjadi isu agama dalam negara berbilang agama dan kaum ini," katanya.

Nur Jazlan telah minta mengulas larangan ke atas tokoh dari India itu yang pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2013.

Mengulas mengenai anugerah itu, timbalan menteri itu berkata kerajaan memandang latar belakang seseorang itu sebelum memberi sebarang pengiktirafan.

"Kadang-kadang orang berubah (selepas) mendapat anugerah. Kita tidak tahu. Manusia berubah."

Syarahan Zakir dijadualkan di Melaka pada 17 April tetapi ia mendapat tentangan hebat dari MIC dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Sementara itu, Khalid (gambar) memberitahu Malaysiakini bahawa satu lagi syarahan yang dijadualkan di Kuala Lumpur, pada 16 April tetapi dengan tajuk berlainan akan dibenarkan dengan syarat pihak penganjur memastikan bahawa agama lain tidak diperkecilkan.

[Baca berita penuh]