Tiada rakyat M'sia terkorban dalam serangan bom di Songkla
Tiada rakyat Malaysia terkorban atau cedera dalam serangan bom yang berlaku di Stesen kereta Api di Chana, di daerah Chana, Songkla, Thailand pada hari Isnin.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam berkata Malaysia mengutuk serangan itu dan merakamkan simpati dan takziah yang mendalam kepada kerajaan Thailand dan keluarga mangsa.
Ketua Polis Bahagian ke-9 Songkla, Lt Jen Wirapon Chunpakdee dilaporkanberkata bom seberat 20 kilogram yang dipasang pada sebuah motosikal meletup bersebelahan kenderaan polis pada 5.30 petang kelmarin.
Seorang anggota polis dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, dikenali sebagai Ahmad Yasin Madsan, terbunuh dalam insiden itu sementara jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 15 orang, daripada lapan dilaporkan semalam.
- Bernama

