Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli perniagaan dari Kanowit calon bebas pertama
Diterbitkan:  Apr 14, 2016 7:13 AM
Dikemaskini: 11:16 PM

Seorang ahli perniagaan dari Kanowit menjadi orang pertama mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju di Bintulu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

Michael Lias, 54, berkata beliau menawarkan diri sebagai calon alternatif kerana menganggap Bintulu sebagai kubu kuat DAP dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada pemberita di Kuching semalam, katanya beliau percaya bahawa beliau mempunyai peluang yang baik untuk melakukan kejutan.

Michael dijangka berdepan dengan Majang Renggie daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) mewakili BN dan Zharudin Narudin, seorang jurutera merangkap ahli perniagaan daripada PAS.

Kawasan pilihan raya DUN Samalaju mempunyai lebih 12,000 pengundi berdaftar.

- Bernama

Lihat Komen
ADS