Tiada lagi elaun 'sekolah pedalaman' buat guru Kanowit
Untuk mengajar, setiap pagi Irene Chua akan memandu dari Sibu ke Kanowit, pekan kecil dekat sungai yang berhubung dengan Rajang.
Pengetua sekolah itu sudah ditukarkan awal tahun ini dan Chua terpaksa memangku tugas itu buat sementara waktu.
Kabus masih tebal ketika Chua memulakan perjalanan 45 minit dan sampai kira-kira 6.15 di Kanowit.
Chua berkongsi kereta dengan dua lagi rakan setugas, yang tidur sepanjang perjalanan. Mereka mengakui terlalu awal untuk bangun pada masa itu.
Jalan itu pula gelap, tiada lampu jalan. Hanya semak samun dan rumah kayu kelihatan di sepanjang perjalanan.
Untuk sampai ke destinasi, Chua terpaksa menaiki bot untuk 20 minit lagi, menjadikan masa hampir sejam dari Sibu ke sekolah itu.
“Dulu kami ada jalan becak yang bawa langsung ke sekolah tetapi dia licik dan berlopak,” kata Cbua.
“Saya guna jalan itu beberapa kali tetapi tidak lagi kerana bimbangkan keselamatan.”
Chua kini telah tujuh tahun mengajar di SJK (C) Lian Hua itu. Ia suatu ketika dianggap “‘Sekolah Pedalaman 1” oleh Kementerian Pendidikan.
Status itu diberikan dengan mengambil kira faktor pengangkutan ke tempatnya, risiko perjalanan dan terdapat kemudahan air bersih dan elektrik.
Bagaimanapun status itu telah ditarik balik pada tahun lalu. Dan kakitangan sekolah tidak lagi menerima elaun tambahan RM500 walaupun masih berdepan kesukaran sama setiap hari.
Kini Terdapat 22 pelajar di tempat itu. Kebanyakan mereka orang asal daripada kampung-kampung berdekatan.
Mereka dihantar oleh ibu bapa menggunakan perahu. Tiada kenderaan darat digunakan.

