Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Denda RM5,000 atau penjara jika tak benar pekerja mengundi - SPR
Diterbitkan:  Apr 14, 2016 3:34 PM
Dikemaskini: 8:38 AM

Majikan akan dikenakan tindakan denda RM5,000 dan penjara setahun sekiranya tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi pada pilihan raya negeri Sarawak (PRN) ke-11 pada 7 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata ia diperuntukkan mengikut subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR ingin menarik perhatian bahawa pada hari mengundi tiap-tiap majikan dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi.

"Tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penaliti sebab dia tidak hadir kerja dalam tempoh itu," katanya.

Mohd Hashim berkata para pengundi dalam bahagian piilhan raya boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi melalui laman web SPR www.spr.gov.my.

Selain itu, pengundi boleh menghantar SMS dengan menaip SPR <jarak> SEMAK<jarak> No Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 22 April ini, katanya.

Para pengundi boleh menelefon ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-88927000) dan pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak di talian 082-254233 atau 082-254867, katanya.

Mohd Hashim berkata daftar pemilih pilihan raya dalam bentuk salinan lembut atau CD yang akan dijual mulai 22 April ini manakala salinan keras pula pada 23 April ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS