Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini menyahut cabaran debat yang dilemparkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua.

“Apa yang jelas, YB Tony tetap mahu menghabiskan masa berkualiti dengan saya walaupun beliau menyoal saya secara eksklusif selama dua hari pada pendengaran PAC.

"Saya tidak akan menghampakan YB Tony. Saya terima cabaran berdebat. Silakan!" tulis Arul Kanda dalam satu kenyataan.

Malam semalam, pada sebuah forum anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam, Pua berkata meskipun laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai siasatan ke atas 1MDB telah dibentangkan di Parlimen, beliau sekali lagi mencabar Arul Kanda untuk berdebat secara langsung berhubung skandal firma pelaburan negara itu.

[Baca berita penuh]