Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M dikerumuni ketika dapatkan tandatangan orang ramai

Seorang wanita kecil molek yang berjalan di pasar malam berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman malam tadi kedengaran bertanya Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah kekecohan di situ.

Maria dengan sabar menjelaskan kepada beliau mengenai Deklarasi Rakyat serta perjuangan gerakan Selamatkan Malaysia untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan melakukan pembaharuan institusi.

Tanpa teragak-agak, perempuan tua itu menandatangani akuan itu dan berlalu dari situ.

Malam tadi, dalam usaha mereka mencapai matlamat untuk mengumpul satu juta tandatangan terhadap Deklarasi Rakyat, kumpulan Selamatkan Malaysia telah keluar bertemu orang ramai.

Berbekalkan papan pengisytiharan dan pen, anggota kumpulan itu menggesa pengunjung pasar malam berkenaan menurunkan tandatangan mereka.

Ramai pemimpin yang hadir untuk menarik lebih banyak tandatangan, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikerumuni orang ramai ketika berjalan di pasar malam itu.

Walaupun Mahathir diapit pengawal peribadinya, mereka dibenarkan untuk mengambil gambar dengannya atau menyerahkan deklarasi yang ditandatangani kepada beliau secara peribadi.

Pada satu ketika, Mahathir yang kini mencecah umur 90 tahun membenarkan seorang wanita menandatangani deklarasi itu di belakang badannya.

Ramai pengunjung juga mahu bergambar dengan personaliti lain yang hadir seperti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan Maria.

Tokoh-tokoh lain yang berada di sana termasuk Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan bekas Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS