Ketika parti-parti komponen BN dan juga Pakatan Harapan bertelagah berebut kerusi di Sarawak, pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen menggesa sekutunya untuk menghormati komitmen yang ditandatangani oleh kepimpinan pusat.

Beliau berkata bahawa dalam setiap rundingan agihan kerusi, mesti ada situasi menang-kalah.

Sebagai contoh, Chong berkata, calon berpotensi parti itu telah dikenal pasti untuk kerusi Batu Kitang yang baru diwujudkan dan dianggap boleh menang di Kuching.

"Mereka (anggota DAP) berusaha keras di sana selama setahun, tetapi akhirnya kita diarahkan supaya menyerahkannya (Batu Kitang) kepada PKR. Ahli-ahli kami menangis setengah hari.

"Mereka sangat kecewa tetapi perlu sesuaikan diri dan bantu di kawasan pilihan raya lain," kata Chong pada sidang media di ibu pejabat DAP negeri di Kuching hari ini.

Menurutnya, DAP seharusnya diberi keutamaan di Batu Kitang memandangkan kerusi itu diwujudkan dari kawasan kerusi undangan Kota Sentosa dan Batu Kawah yang dipegang parti berkenaan.

"PKR telah dapat kerusi yang terbaik," katanya sambil menambah bahawa parti itu sanggup menyerahkan Batu Kawah sebagai pertukaran dengan kerusi lain.

Chong membidas PKR yang berkata mereka tidak akan mengambil pendirian bersama untuk menghormati perjanjian agigan kerusi.

[Baca berita penuh]