Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir sedar mengenai kewujudan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi belum pasti beliau bersetuju mengenainya.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis dalam blognya, menteri luar itu turut mengakui pihaknya sedar mengenai kenyataan Peguam Negara yang menyifatkan derma itu sebagai tiada salah laku.

"Jika para penyokong Najib tidak sedar, soalan sama ada al-Jubeir tahu mengenai latar belakang dan butiran derma itu.

"Menurut jawapan balas oleh menteri luar Saudi, 'Kami sedar kewujudan derma itu dan ia adalah derma yang tidak mengharapkan sebagai pulangan," kata Mahathir.

Mahathir turut berkata, al-Jubeir menjelaskan beliau tahu mengenai tindakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyimpulkan bahawa tiada salah laku dalam Najib menerima derma.

"Menyedari kenyataan oleh Peguam Negara tidak beerti beliau setuju dengan kenyataan itu."

Tambah Mahathir, al-Jubeir juga tidak menarik balik atau menafikan kenyataan beliau sebelum ini yang meragui sumber derma RM2.6 bilion itu.

"Media Malaysia yang mentafsir kesedaran beliau dalam hal itu sebagai penafian kenyataan beliau sebelum ini," ujarnya lagi.