Singapura percepat penilaian vaksin denggi
Kerajaan Singapura mempercepatkan penilaiaan vaksin denggi Dengvaxia yang baru diluluskan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) minggu lalu.
Pihak Berkuasa Sains Kesihatan republik itu dilapor menyasarkan keputusan kelulusan dapat dibuat dalam tempoh enam bulan, berbanding kebiasaan sembilan bulan.
Dalam kenyataan kepada Channel NewsAsia , HSA berkata syarikat farmasi Sanofi telah memfailkan permohonan untuk mendaftar vaksin itu pada Mac.
Sanofi, sebuah syarikat Perancis, dilapor yang pertama menghasilkan vaksin untuk masalah demam denggi.
Penilaian Singapura akan mengambil kira sama ada Dengvaxia selamat, berkualiti baik dan berkesan untuk populasi setempat, selain potensi bahaya dan kesan sampingan.
Vaksin itu kini didaftarkan di lima negara, termasuk Filipina.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hujung bulan lalu kajian mendapati Dengvaxia hanya mampu memberi perlindungan keberkesanan 47 peratus kepada penghidap demam itu.

