Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin MCA: Perlembagaan serlahkan rasisme
Diterbitkan:  Apr 20, 2016 6:26 PM
Dikemaskini: 2:47 PM

Seorang pemimpin MCA memilih laluan berbahaya yang sering dielakkan kerana gentar terhadap kesan dan tindakan balasnya dengan mendakwa Perlembagaan Persekutuan menyerlahkan rasisme di negara ini.

Dalam satu kenyataan media, ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mendakwa peruntukan mengenai bangsa dan agama menyerlahkan isu perkauaman di negara ini.

Katanya, keadaan itu diburukkan lagi oleh institusi dan pentadbiran yang dicemari dengan sentimen perkauman dan agama.

"Jika negara serius mahu mengatasi perkauman, kita perlu mendidik rakyat mengenai kesan negatif perkauman dan apabila tiba hari apabila kita mencapainya - sebuah negara matang dan demokratik - kita boleh mempertimbangkan untuk meminda atau menulis semula perlembagaan negara untuk membebaskan diri daripada perkauman," katanya.

Buat sementara waktu itu, beliau berkata parti komponen berasaskan kaum yang berusaha keras untuk memastikan rakyat pelbagai kaum negara ini kekal bersama perlu memikul tanggungjawab kesalahan rasisme dalam sistem negara.

Ti yang juga menerajui biro keharmonian agama MCA mengulas kenyataan Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Ibrahim Saad yang pada satu forum semalam berkata isu perkauman di Malaysia memuncak pada musim pilihan raya apabila isu-isu sensitif dieksploitasi.

Dalam analisisnya, Ti menyebut ketidakupayaan BN dan pemimpinnya untuk menyesuaikan diri atau merangka mekanisme untuk membendung isu perkauman dan agama menyebabkan persepsi umum bahawa parti pemerintah bertanggungjawab dan gagal dalam menangani pelampau kaum dan agama.

Memburukkan lagi keadaan, katanya, disebabkan pemimpin kanan negara yang sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya berhubung kejadian atau insiden terpencil.

Ti juga berkata beliau tidak bersetuju dengan hujah Ibrahim bahawa isu perkauman hari ini tidak begitu teruk berbanding tahun 1970-an dan 1980-an.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS