Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suaram: Henti siasat penyokong Deklarasi Rakyat
Diterbitkan:  Apr 22, 2016 8:32 AM
Dikemaskini: 3:47 AM

NGO Suaram mengutuk rentetan siasatan terhadap peguam bela dan penyokong Deklarasi Rakyat.

Ia melihatnya sebagai penindasan terhadap usaha demokrasi yang sah, dan menuntut kerajaan berhentikan berbuat demikian terhadap para pengkritik.

"Suaram menggesa siasatan terhadap individu ini di bawah Akta Hasutan 1948 digugurkan serta-merta," kata Pengarah Eksekutifnya, Sevan Doraisamy dalam satu kenyataan semalam, sambil menegaskan tentang implikasi anti-demokratik daripada tindakan seumpama itu.

Kumpulan pejuang hak asasi manusia itu berhujah bahawa menyuarakan perbezaan pendapat demokratik yang sah dan kritikan adalah jauh daripada unsur hasutan dan sebaliknya merupakan sebahagian daripada demokrasi yang subur dan berfungsi.

Berbeza dengan kenyataan oleh pihak-pihak tertentu, katanya, seruan peletakan jawatan pegawai awam ekoran berlakunya skandal atau kecuaian tugas, adalah hak demokratik dan bukan menjadi ancaman kepada demokrasi berparlimen dan tidak boleh dianggap sebagai menghasut.

Oleh itu, NGO berkenaan menegaskan bahawa semua laporan polis yang dibuat terhadap individu berkaitan dengan Deklarasi Rakyat dan siasatan polis terhadap terhadap mereka, hanya boleh digambarkan sebagai "remeh dan membazirkan sumber awam".

Menurut Suaram lagi, jika pihak berkuasa ingin meneruskan siasatan terhadap Azrul Mohd Khalid, Joe Haidy dan yang lain-lainnya kerana sokongan dan memperjuangkan Deklarasi Rakyat, maka ia tidak dapat dielakkan bagi orang ramai melihatnya sebagai satu cubaan untuk menakut-nakutkan penyokong Deklarasi Rakyat dan bakal penyokongnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS