Tragedi 2008: Hati-hati sandiwara DAP - Gerakan
Sejurus sebelum pilihanraya umum 2008, penganalisa politik dan ahli-ahli politik tidak menjangka keputusan di luar jangka.
Pertandingan yang menyaksikan perubahan julung-julung kalinya itu mengubah lanskap politik Malaysia, dengan pembangkang menawan beberapa negeri dan menyebabkan parti pemerintah hilang majoriti dua pertiga sejak merdeka.
Mengimbau bagaimana tidak siapa menyangka Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menasihatkan pengundi Sarawak agar berwaspada ketika menunaikan hak pengundi dalam pilihanraya negeri itu 7 Mei ini.
Senario yang sama mungkin berlaku di negeri-negeri Malaysia Timur itu, jelasnya.
Menerusi tweet beliau, Tan mendakwa Sarawak juga boleh mengalami kejatuhan kerusi ketua menteri kepada DAP atau PKR.
"Jangan ambil risiko. Agak mustahil PKR Baru Bian atau DAP Chong akan menjadi ketua menteri Sarawak seterusnya jika semua orang mengambil mudah hal ini. Jangan merisiko segalanya di Sarawak.
"Hati-hati sandiwara DAP ini. Ia berlaku di Pulau Pinang. Jangan ambil risiko yang sama di Sarawak. Undilah BN dan ketua menteri Adenan (Satem)," ujarnya.

