Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sarawak benarkan Azmin masuk, tapi hanya hingga 2 Mei
Diterbitkan:  Apr 29, 2016 12:45 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berjaya ke Sarawak di sebalik larangan besar-besaran dan berterusan ke atas pemimpin pembangkang dan aktivis - tetapi kebenaran terhadapnya yang setakat sehingga 2 Mei.

“Imigresen Sarawak mengarahkan saya keluar dari Sarawak pada 2 Mei 2016. Arahan siapa?” soalnya di twitter.

Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Imigresen Sarawak untuk mendapatkan jawapan itu.

Azmin berada di Kuching untuk membantu kempen PKR untuk dua hari. Mengikut jadual rasmi, menteri besar Selangor itu sepatutnya pulang melalui lapangan terbang Kuching, petang esok.

Sarawak, yang mempunyai undang-undang imigresen sendiri dan lazimnya, pelawat dari Semenanjung diperuntukan visa 90 hari.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri berhak untuk menghalang kemasukan kepada mana-mana individu dan juga menghadkan bilangan hari mereka boleh berkunjung.

Ramai pemimpin pembangkang telah disekat daripada menjejaki Sarawak tetapi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem memberi pengecualian kepada sesetengahnya, termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.

Adenan juga berkata bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar akan dibenarkan masuk, jika mereka memohon dengan cara baik.

Adenan pernah berkata mereka yang dilarang itu boleh menjejaskan keharmonian di Sarawak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS