mk-logo
Berita
Laporan: Siasatan terhadap 1MDB, akaun individu di HK dibeku
Diterbitkan:  May 4, 2016 1:41 AM
Dikemaskini: 2:55 AM

Akaun beberapa individu di bank di Hong Kong telah dibekukan ekoran siasatan di seluruh dunia terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor Bloomberg.

Memetik sumber-sumber yang enggan dinamakan, syarikat media yang berpusat di New York itu, melaporkan bahawa individu-individu yang tidak dinamakan itu, disiasat oleh negara-negara di luar Malaysia.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada pihak berkuasa Hong Kong telah mengarahkan akaun-akaun itu dibekukan atau sama ada bank-bank itu bertindak atas kehendak mereka sendiri.

Sementara itu, agensi anti-rasuah Hong Kong dan pihak polis berkata mereka tidak mengulas mengenai kes-kes individu.

Pada September tahun lepas, polis Hong Kong mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap satu siri deposit yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini, lapor Financial Times, adalah berkenaan dengan deposit bank lebih AS$250 juta yang didakwa dibuat di cawangan Credit Suisse di sana.

1MDB telah menjadi subjek pelbagai siasatan, dari Singapura hingga ke Switzerland.

Najib, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, berdepan dengan gesaan supaya meletak jwatan, terutamanya dari pengkritik nombor satu beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Najib juga secara konsisten menafikan sebarang salah laku.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari lalu turut membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung dengan derma RM2.6 bilion dan dalam kes SRC International.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini