Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden SUPP Dr Sim menang di Batu Kawah
Diterbitkan:  May 7, 2016 9:49 PM
Dikemaskini: 1:52 PM

Presiden SUPP Senator Dr Sim Kui Hian berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah daripada DAP selepas menewaskan penyandangnya Christina Chiew Wang See dengan majoriti undi 2,085.

Dr Sim mendapat 6,414 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Chiew yang memperoleh 4,329 undi dan calon Bebas Liu Thian Leong, 1,109 undi (beliau hilang deposit).

Dr Sim, pakar jantung dan Presiden Persatuan Jantung Negara Malaysia, pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Negeri 2011 untuk kerusi DUN Pending, dan kalah dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon DAP Violet Yong Wui Wui.

Kemenangan anak kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, mendiang Datuk Amar Sim Kheng Hong pada Pilihan Raya Sarawak ke-11 ini, memberi cahaya kepada SUPP yang kalah teruk pada pilihan raya negeri (PRN) 2011 dengan hanya memenangi enam kerusi DUN daripada 19 yang ditandinginya.

Malah presidennya ketika itu Tan Sri George Chan turut kalah bagi kerusi DUN Piasau.

Keadaan parti itu bertambah parah apabila krisis dalaman menyaksikan perpecahan dan tertubuhnya parti serpihan UPP yang diterajui bekas Pengerusi SUPP Sibu Datuk Seri Dr Wong Soon Koh.

Dr Wong telah meletakkkan jawatannya sebagai Ketua UPP untuk bertanding sebagai calon langsung BN bagi mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan pada PRN ini.

SUPP kali ini bertanding di 13 kawasan DUN, termasuk satu daripada 11 DUN baharu iaitu DUN Batu Kitang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS