Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Projek Impian Sarawak DAP ternyata gagal - MCA
Diterbitkan:  May 9, 2016 7:13 PM
Dikemaskini: 11:16 AM

Tuduhan Tony Pua mengenai amalan politik wang oleh BN semasa pilihan raya negeri Sarawak yang baru sahaja berlalu adalah memalukan dan pengecut, kata pengerusi biro keharmonian agama MCA, Ti Lian Ker.

"Pua begitu terdesak untuk memulihkan martabat parti sehingga sanggup menyalahkan BN kononnya 'membeli undi' adalah mengelirukan dan tidak wajar.

"Beliau sepatutnya menghormati kehendak demokratik rakyat Sarawak yang tidak mahu apa selain terus menjana kemajuan di bawah teraju BN dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

"Kemenangan BN mengesahkan bahawa rakyat sudah bosan dengan politik bersifat retorik, kebencian dan tuduhan tidak berasas yang dimainkan pembangkang selama bertahun-tahun, selain kegagalan pembangkang untuk merangka dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa yang sama, Ti turut menasihatkan Pua agar menyelesaikan konflik dalaman terlebih dahulu, terutama pembahagian kerusi dengan PKR dan AMANAH sebelum pilihan raya umum akan datang.

Ujar beliau, Pua harus menerima kekalahan DAP dengan hati terbuka dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang perlu mengakui ketidak bolehan DAP untuk bekerja sama dengan PKR adalah punca utama kekalahan pembangkang.

BN telah mempelajari pengajaran daripada keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 2011 dengan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengambil langkah memperbaiki jentera parti dan cara mendekati rakyat, katanya.

"Oleh itu, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila SUPP dapat memenangi semula sokongan pengundi Cina kali ini dan menyumbang kepada kemenangan besar BN di Sarawak," jelas beliau.

Pua juga harus menyedari projek Impian Sarawak oleh DAP tidak mencapai sasarannya untuk menyentuh hati rakyat di peringkat dasaran, katanya lagi.

Lihat Komen
ADS