Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kartun Zunar: Kritik tapi jangan menghina, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun negara meraikan perbezaan pendapat namun ia bukannya bertujuan untuk menghina mana-mana pihak, lebih-lebih lagi pemimpin.

“Kita semua mempunyai perbezaan pendapat, tetapi bukan untuk menghina seseorang, apatah lagi pemimpin?" kata naib presiden Umno itu dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di Cheras hari ini.

Zahid berkata demikian ketika mengulas tindakan kartunis kontroversi Zunar yang mengkiritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui karyanya dalam pameran di Geneva, Switzealand.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden Kehormat Swiss Foundation Cartooning for Peace, Kofi Annan, yang juga bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang tidak memberi gambaran yang baik tentang Malaysia, Zahid menjelaskan terdapat perbezaan antara kritikan dan penghinaan.

"Saya menerima kritikan, terutama kritikan yang membina kerana ia adalah sesuatu yang sihat, tetapi untuk penghinaan adalah sangat berbeza," katanya.

Dalam ucapannya ketika menyampaikan anugerah itu kepada Zunar dan kartunis lain, Annan berkata ancaman yang diterima Zunar di negara asalnya kerana komitmennya kepada sebuah masyarakat yang terbuka dan telus, tidak lagi membenarkan dia mengamalkan profesionnya, menggesa semua berusaha ke arah menghapuskan sebarang halangan terhadap kebebasan bersuara.

Zahid bagaimanapun berkata, apa yang perlu sekarang adalah mengelak daripada menghina satu sama lain.

"Kita hanya perlu mengelakkan menghina (orang)," ujarnya.

Ditanya sama ada keperluan untuk diambil tindakan, Zahid berkata ia menyerahkannya kepada polis.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS