Tweet Tan kurang seminit, pernah pertimbang sertai DAP
Berpakaian berwarna hitam dan putih dengan rambut kemas disisir ke tepi, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang sememangnya kelihatan seperti seorang peguam.
Tubuh tinggi lampainya agak mengejutkan penulis kerana sebelum ini hanya melihatnya di media sosial. Beliau bercukur licin dan kelihatan muda namun siapa sangka, umurnya kini menganjak ke 40 tahun.
Dengan lebih 65,000 pengikut di Twitter, ditambah pula dengan tweetnya yang rata-rata 10 tweet setiap hari, pengguna Twitter mungkin lebih mengenalinya.
Mungkin kita berfikir bahawa Tan mempunyai banyak masa tapi realitinya beliau sangat sibuk
Sekiranya tidak bekerja di pejabatnya pada Ahad hingga Khamis bagi hal-hal berkaitan perundangan komersial dan korporat, beliau akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda Gerakan pada Jumaat dan Sabtu.
Sekiranya ada masa terluang, Tan akan menghabiskan masa bersama dengan tiga anaknya yang berusia antara dua hingga tujuh tahun.
Tan yang berusia 39 tahun ini percaya bahawa berkejar ke sana ke mari adalah hanya sebahagian daripada tugasnya sebagai seorang ahli politik. Walaupun keluarganya memahami, beliau mengakui bahawa anak-anaknya kadang-kala tertanya-tanya di mana bapa mereka.
Oleh itu, Tan mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang digelar ‘Menteri Dalam Negeri’ kerana mengambil keputusan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
Lahir di Pulau Pinang dan dibesarkan di Kedah, beliau mempunyai banyak hobi antaranya bermain catur, tenis, badminton dan permainan komputer, tetapi semua itu menjadi perkara yang telah berlalu kecuali bermain tenis.
Akibat kekangan masa, Tan yang berada di Kuala Lumpur untuk wawancara ini memberitahu beliau telah membeli tiket filem terlebih dahulu untuk menonton filem superhero 'X -Men : Apocalypse ' dengan anak-anaknya.
Semalam adalah hari pertama filem itu ditayangkan di Alor Setar, jadi tiket dibeli untuk memastikan Tan memenuhi janji kepada anak-anaknya. Lebih-lebih lagi kerana beliau sebelum ini terlepas filem 'The Angry Birds Movie'.
Dan ini adalah sebab meskipun Alumni Universiti Bristol ini sering bersuara di Twitter ia tidak bermakna beliau mempunyai banyak masa sebaliknya beliau menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Satu tweet kurang daripada satu minit
Untuk menulis satu tweet, beliau mengambil masa kurang daripada satu minit, oleh itu 10 tweet hanya memerlukan 10 minit dalam sehari. Tan berkata, kebanyakan tweetnya itu ditulis ketika beliau keseorangan, menunggu makanan atau di lapangan terbang.
Watak Twitter Tan Keng Liang sememangnya dirinya yang sebenar. Tan menafikan terdapat pentadbir yang menjaga twitternya termasuk tweetnya untuk meraih perhatian sebaliknya beliau sudah mendapat cukup perhatian.
Baginya, beliau hanya akan tweet apa yang beliau rasakan, percaya dan tidak setuju dengan mereka yang mengatakan beliau 'kaki troll' di media sosial.
“Troll,” katanya, hanya dilakukan bagi mendapat perhatian. Tan menegaskan bahawa beliau berhujah berdasarkan pandangannya sendiri tanpa mensasarkan pihak lain.
Beliau mengulangi bahawa beliau mempunyai hujah dan kekurangan jawapan dari pihak tertentu menunjukkan mereka tidak boleh menjawab soalannya.
Berikut adalah cerita dari Tan:
KEMATANGAN RAKYAT MALAYSIA DALAM MEDIA SOSIAL MENINGKAT: Dalam Pilihan Rayu Umum (PRU) lepas apabila pembangkang mendakwa terdapat 40,000 pengundi Bangladesh, ramai yang telah mempercayainya. Ia menunjukkan bagaimana pengguna media sosial agak mudah tertipu.
Tetapi sifat manusia ini - sekali seseorang menipu kamu, kamu akan belajar daripadanya, jadi mereka tidak percaya tuntutan (pembangkang) dan yang lain-lain lagi.
Ambil pilihan raya negeri Sarawak, orang tidak benar-benar peduli tentang apa yang media sosial katakan. Mereka mampu menganalisis cara yang jauh lebih baik daripada 2013. Pengguna media sosial kini lebih mahir, mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dipercayai.
SAYA PERNAH MEMPERTIMBANGKAN MENYERTAI DAP: Saya akan berterus terang, pada tahun 2000 saya mempertimbangkan untuk menyertai sama ada Gerakan atau DAP. Saya mahu melihat parti mana yang dapat memberi kebebasan kepada pemimpinnya untuk menyatakan perkara-perkara yang mereka rasa perlu dilakukan atau diperbetulkan. Akhirnya, saya memilih Gerakan; Saya tidak memilih DAP kerana saya tidak benar-benar bersetuju dengan cara (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dalam politik.
GERAKAN BENARKAN AHLINYA MENYUARAKAN APA YANG MEREKA RASA BETUL: Saya menyuarakan apa sahaja yang saya rasa adalah perlu demi kepentingan rakyat Malaysia dan BN. Parti saya tidak menghalang saya daripada menyuarakan apa sahaja yang kita rasa adalah tepat untuk negara ini.
Ketika saya menjadi Ketua Pemuda Gerakan Kedah tidak ada orang dari dalam parti yang menghalang saya dari bersuara.
Saya bersuara dalam BN dan menyuarakan terhadap dasar-dasar kerajaan Kedah yang ketika itu dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Parti ini membolehkan suara saya untuk didengari. Saya juga telah tweet sejak 2010, tiada siapa yang mengarahkan saya untuk tweet apa. Ini adalah salah satu perkara utama mengapa saya memilih Gerakan dan masih kekal dalam Gerakan.
SAYA TIDAK PERNAH TIDAK BERSETUJU DENGAN PANDANGAN TIMBALAN SAYA: Seperti yang saya katakan, Gerakan tidak menyekat mana-mana pandangan.
Saya bersetuju dengan beberapa pandangan (Naib Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong). Ada (pandangan itu) yang saya sendiri tidak pernah terfikir. Tetapi sehingga hari ini, saya tidak pernah tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Dia mempunyai hak untuk menyatakan pandangan beliau, ia adalah salah satu sisi positif dalam Gerakan.
Dia (Yong ) tidak tweet pandangannya tentang pembangkang. Tetapi kerana dia menetap di Selangor, jadi dia menyuarakan pandangannya terhadap kerajaan Selangor. Saya fikir dia telah menjalankan tugas yang baik dalam perkara itu. Saya mendapat pandangan banyak pihak, tetapi orang cenderung untuk memberi tumpuan kepada apa yang saya katakan terhadap pembangkang kerana mungkin itulah apa yang menarik rakyat. Saya akan komen apabila saya rasa dasar kerajaan yang tertentu adalah salah atau perlu diselaraskan.
SAYA TIDAK MEMPUNYAI MASALAH DENGAN PEMIMPIN PEMUDA GERAKAN YANG LAIN: Setakat ini semua OK. Saya masih Ketua Pemuda Gerakan, saya belum disingkirkan. Ia bukan seperti yang berlaku dalam PKR – tidak ada sesiapa yang luluskan usul untuk membuang saya.
Orang cenderung untuk memberi tumpuan kepada berita sensasi. Kita (Gerakan) mempunyai sebuah keluarga yang besar. Apabila ia besar, pasti ada perbezaan. Selepas pemilihan parti, saya menerima semua orang kembali, semua orang diberi peluang untuk kembali. Setakat ini saya rasa saya membuat pilihan yang tepat dalam meletakkan semua orang dalam parti ini. Jadi, jika terdapat perbezaan, saya perlu menerimanya.

