Berita Malaysiakini

Dua tahun meninggal, Karpal Singh masih bersalah kerana hasutan

Alyaa Azhar  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Dua tahun selepas kematian mendiang Karpal Singh, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan bersalah ke atasnya berhubung komennya semasa krisis perlembagaan Perak.

Walau bagaimanapun, panel tiga hakim itu tidak mencapai keputusan sebulat suara, dengan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat tidak bersetuju dengan penghakiman berkenaan.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki berkata kesalahan hasutan Karpal adalah serius kerana ia melibatkan kedaulatan Raja Melayu.

"Sabitan bersalah ke atas perayu kekal," kata Hakim Mohtaruddin dalam menyampaikan penghakiman. Pandangannya dikongsi bersama oleh Hakim Datuk Kamardin Hashim.

Karpal didakwa berhubung kenyataan yang dibuatnya pada sidang akhbar bahawa keputusan Sultan Perak, ketika itu yang melucutkan Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin boleh dicabar di mahkamah.

[Baca berita penuh]