Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aziz Bari: Majlis Raja-raja perlu contohi 'demokratik' TMJ
Diterbitkan:  May 30, 2016 5:46 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Ahli DAP yang juga pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari memuji saranan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta pihak polis agar tidak menahan para pengkritiknya, sambil menyatakan cadangan itu bukan bersifat kelemahan.

“Sesungguhnya, ia menunjukkan kekuatan dan kesanggupan untuk terbuka dan telus. Lebih dari itu, ia demokratik,” Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini.

Mengakui ia tidak membawa sebarang makna dari segi perundangan ekoran kuasa terletak di tangan polis dan peguam negara, TMJ, bagaimanapun, telah merintis langkah yang baik dan sepatututnya diikuti oleh kerabat diraja yang lain, katanya.

Hari ini, Tunku Ismail, dalam wawancara yang disiarkan dalam laman facebook Johor Southern Tigers, malam semalam menyarankan kepada pihak polis agar tidak menahan para pengkritiknya.

"Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya," kata Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim.

Menurut Tunku Ismail, beliau lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara beliau dengan individu-individu tersebut.

"Berikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja," jelas beliau lagi.

Berkata berkata demikian sebagai mengulas laporan penahanan dua individu ekoran catatan di Facebook yang didakwa menghina Tunku Ismail.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, institusi monarki telah lama membisu dalam pelbagai isu, walaupun dalam bidang yang mana raja-raja secara jelas berkuasa seperti agama dan kewarga negaraan, sehingga membenarkan para pelampau dan elemen sayap kanan dalam mesyarakat mengambil tempat.

“Seperti TMJ Tunku Ismail, raja-raja mesti menunjukkan kepimpinan, terutama ketika kepimpinan nasional telah hilang hala tuju moral.”

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS