Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rahman janji 'penamat gembira' untuk isu hudud

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi jaminan pertikaian berhubung rang undang-undang dibawa PAS akan berakhir dengan baik.

Abdul Rahman yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata beliau faham kebimbangan parti komponen BN berhubung isu itu.

Bagaimanapun katanya pembentangan rang undang-undang persendirian dibawa presiden PAS ke Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu hanya permulaan dan kesudahannya belum dapat dipastikan.

Beliau juga menyatakan lebih banyak perbincangan di kalangan parti dalam BN akan diadakan bagi mencari kesepakatan berhubung isu berkneaan.

"Saya pasti apabila semuanya jelas, kita akan mencapai persefahaman bagi menangani isu ini.

"BN menghormati pandangan semua pihak dalam BN. Kita akan tiba kepada rumusan yang akan menggembirakan semua orang," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Kata menteri itu pembentangan dilakukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu membolehkan isu sensitif ditangani secara profesional, iaitu melalui perbahasan.

Usul dibawa Abdul Hadi itu dikenali secara rasmi sebagai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Ia dirujuk sebagai rang undang-undang hudud kerana dianggap akhirnya memuka jalan kepada pelaksanaan hukum jenayah syariah, terutama di Kelantan yang kini ditadbir PAS. 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS