Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu disifatkan sebagai “ayam sabung yang hilang taji” ekoran beliau tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berkata, AMANAH takut untuk meletakkan presidennya yang belum mewakili apa-apa kerusi sekalipun.

“Jika sebelum ini AMANAH begitu lantang bersuara bahawa mereka mampu untuk menang tapi kini mengapa parti itu meletakkan calon lain. Apakah AMANAH cuba menuutup aib sekiranya presiden mereka bertanding dan akhirnya kalah?

“Masih ada masa untuk AMANAH memikirkan semula calon mereka dan membuktikan bahawa Mat Sabu sememangnya layak menjadi Presiden AMANAH,” katanya, memetik laporan oleh Umno Online.

Beliau turut mendakwa Mat Sabu hanya berani ketika di pentas ceramah, tetapi tidak bertanding sebagai calon dalam pilihan raya.

“Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah platform terbaik untuk Mat Sabu membuktikan kehebatannya sebagai seorang pemimpin apatah lagi bakal bertemu dengan calon bekas partinya iaitu calon PAS,” tambah Shahrum.

[Baca berita asal]