Walau mengakui pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar akan memberi kelebihan kepada BN, Ketua DAP Selangor, Tony Pua yakin mampu mengurangkan undi popular BN ke paras di bawah 50 peratus.

Ini, jelasnya, bagi membuktikan BN telah hilang sokongan majoriti di kerusi separa bandar, yang dikatakan sebagai kubu kuat parti pemerintah itu sebelum ini.

“Saya rasa pertandingan tiga penjuru pastinya memberi kelebihan kepada BN. Namun, kita juga tidak boleh membiarkan PAS bertanding tanpa wakil daripada Pakatan Harapan.

“Kami yakin BN akan mendapat kurang 50 peratus daripada jumlah undi.

“(Ia) penanda aras mustahak untuk BN tidak mendapat 50 peratus undi, yang menterjemahkan mereka tidak lagi popular kepada masyarakat separa bandar dan separa pendalaman.

“Sama ada kami menang atau tidak bukan keutamaan. Bukan boleh tukar kerajaan jika menang sekalipun. Tetapi adalah penting untuk BN tidak mendapat 50 peratus undi,” jelas Pua semasa sidang akhbar di Damansara, tengahari tadi.

[Baca berita penuh]