Polis menahan aktivis Fahmi Reza kerana menjual baju T #KitaSemuaPenghasut bersama wajah ubah suai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malam ini.

Baju itu dijual di program KL Alternative Bookfest (KLAB) di Publika di Kuala Lumpur.

Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong tiga yang lain turut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sentul. Mereka ditahan mengikut Akta Hasutan Act 1948.

Mereka ialah Pang Khee Teik, Lew Pik-Svonn dan pelukis Arif Rafhan Othman.

Sebelum itu Fahmi memuat naik statusnya di Facebook untuk memberitahu dia dalam perjalanan ke IPPD Sentul.

"Lima enam orang pegawai polis datang booth aku tadi. Mereka rampas kad pengenalan aku, 2 helai T-shirt Penghasut dari beg aku dan juga sepanduk lukisan muka badut. Menurut polis aku disiasat bawah Akta Hasutan.

"Aku dalam keadaam selamat. Dah sampai balai polis sekarang,"katanya.

Terdahulu Fahmi menyerahkan sehelai baju berkenaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir ke acara itu untuk merasmikan buku Apa Habaq Orang Muda.

Dia juga mengejutkan bekas perdana menteri itu dengan buku warna politik yang turut memaparkan lukisan Mahathir menunjukkan jari tengah, diiringi perkataan "Diktator"

[Baca berita asal]