Paling Popular
Terkini

Papan iklan yang menempelak BN dan PAS di Sekinchan telah dibuat dan dinaikkan oleh DAP , akui pengerusi parti itu bagi negeri Selangor, Tony Pua.

"Ia dibuat oleh kami. (Kami meletakkannya) petang ini, " kata Pua kepada Malaysiakini.

Tony mempertahankan tindakan tersebut, terutama bagi papan iklan yang memetik ungkapan kontroversi Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

"Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai Ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina.

"Kami mahu mengetengahkan isu-isu ini . Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima adun dan papan iklan telah diturunkan," kata Pua.

Papan iklan Jamal itu memaparkan perkataan 'Panggil Cina babi tidak salah' dalam Bahasa Melayu dan Cina.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS