PAS mencabar DAP secara terbuka mengulangi tuduhan yang dibuat dalam papan iklan yang dipasang di sekitar Kuala Kangsar supaya parti Islam itu boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kuala Kangsar Idris Ahmad mencabar supaya tuduhan itu dinyatakan dalam bentuk bertulis supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak berkenaan.

Beliau berkata papan iklan itu menggambarkan PAS bersekongkol dengan BN, yang muncul pertama kali di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar. Katanya, papan iklan itu dipasang di bandar itu semalam dan diturunkan pada hari yang sama.

Beliau berkata papan iklan itu menggambarkan PAS cuba bergabung dengan Umno.

Sambil menyifatkan ia sebagai dakwaan kotor, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis untuk bertindak.

Papan iklan itu menggabungkan wajah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua MCA Liow Tiong Lai dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Ia ditulis dalam Bahasa Melayu dan Cina dengan slogan: "BN, PAS Sehati Sejiwa, Rasis Rasuah Sama Sekali".

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengaku bertanggungjawab ke atas papan iklan tersebut.

[Baca berita penuh]