Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Najib pun tak guna jet peribadi masa banjir Kelantan'

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - menggunakan jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul atas alasan jadualnya yang ketat.

Melabel alasan itu sebagai 'dangkal' dan 'menghina rakyat', ahli parlimen Pandan itu berkata, orang ramai masih tidak boleh lupa bagaimana Najib tidak segera kembali ke Malaysia apabila Kelantan dilanda banjir buruk pada 2014.

"Beliau gunakan pesawat berbeza untuk kembali ke Malaysia dari Hawaii. Sebaliknya, jet peribadi rasmi yang sepatutnya digunakan oleh perdana menteri melencong ke arah yang bertentangan.

"Jet itu singgah di Los Angeles dan kemudiannya ke Indianapolis. Sehingga sekarang Datin Seri Rosmah Mansor tidak menjawab soalan saya sama ada jet itu singgah untuk memantau kerja-kerja naiktaraf jet peribadi yang baru dibeli ketika itu," katanya dalam satu sidang media di Kuala Kangsar hari ini.

Semalam, pegawai khas Rosmah - Datuk Rizal Mansor berkata isteri perdana menteri terpaksa menggunakan jet peribadi kerana terpaksa menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul untuk menerima Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G.

Menurutnya, Rosmah terpaksa tergesa-gesa pulang bagi menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS