Amde Sidik, yang memulakan petisyen dalam talian bagi menggesa perlembagaan persekutuan dirundingkan semula, berkata beliau berharap kempen itu akan mencetuskan lebih banyak perdebatan mengenai hukum hudud.

Ketika dihubungi hari ini, beliau menyuarakan kekecewaannya berhubung kenyataan yang menghina masyarakat bukan Islam - dan ada kalanya umat Islam sendiri - dan membayangkan bahawa mereka tidak layak bercakap mengenai isu itu.

"Jika kamu bukan seorang Muslim dan kamu merungut tentang perkara ini, kamus pasti menjadi sasaran.

"Saya tertanya-tanya, jika kamu seorang Muslim dan bercakap mengenai perkara yang sama, adakah kamu akan menerima layanan yang sama.

"Apa yang saya perhatikan bahawa walaupun kamu seorang Muslim dari Sabah dan Sarawak, ulama dari smenanjung Malaysia terutama (akan mengkritik kamu) ... terdapat satu kenyataan baru-baru ini menyebut bahawa umat Islam di Sarawak adalah jahil.

"Saya rasa ini adalah sangat tidak wajar," kata Amde yang sendiri berasal dari Sabah dan beragama Islam.

Katanya kepada Malaysiakini, seolah-olah seseorang itu mesti lulusan ijazah daripada universiti di di Asia Barat, terutama Universiti Al-Azhar di Mesir, sebelum layak terbabit dalam wacana awam mengenai hudud.

Menurutnya, ini tidak sepatutnya berlaku dan graduan dari universiti tempatan juga mampu menjelaskan isu berkenaan.

Malah, umat Islam di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia dapat berdebat mengenainya, katanya.

"Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia.

"Idea petisyen ini hanya untuk menyedarkan orang ramai dan membuat mereka menghargai, menyahut cabaran, dan untuk berdebat - bukan meminggirkan (isu) seperti itu," katanya.

Petisyen berkenaan dilancarkan pada Ahad lalu. Kempen ini menysarkan rakyat Malaysia di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan mesejnya yang ditujukan kepada kerajaan dan ahli-ahli parlimen.

Ia dilancarkan sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan memberi keutamaan kepada Rang Undang-Undang Ahli Persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.

Rang Undang-Undang itu bertujuan menghapuskan segala halangan undang-undang persekutuan supaya  PAS dapat melaksanakan undang-undang hudud versi parti itu di Kelantan.

Sehingga jam 3.40 petang semalam, petisyen berkenaan telah menerima 394 sokongan.

[Baca berita penuh]