Kesan GST semakin pudar, inflasi bergerak sederhana
Diterbitkan: Jun 13, 2016 3:55 PM | Dikemas kini: Jun 13, 2016 5:52 PM
Kadar inflasi tahunan Malaysia diramal melalui proses 'penyejukan' untuk bulan ketiga berturut-turut sehingga Mei lalu, bergerak perlahan kepada 2.0 peratus berikutan harga bahan api yang kekal lemah, menurut tinjauan oleh Reuters.
Kos pengangkutan yang rendah dijangka mengimbangi kenaikan harga barangan makanan dan pengguna, kata ahli ekonomi.
Pada April lalu, indeks harga pengguna meningkat 2.1 peratus berbanding setahun yang lalu, lebih perlahan daripada kadar bulan sebelumnya sebanyak 2.6 peratus.
Inflasi dijangka terus sederhana sepanjang tahun berikutan kesan 6 peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada April 2015 semakin pudar.
- Reuters

