Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPR: Tiada masalah PM umum bantuan RM500 kepada penoreh getah
Diterbitkan:  Jun 14, 2016 10:20 AM
Dikemaskini: 2:24 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melihat sebarang masalah dalam pengumuman bantuan khas RM500 kepada 388,111 pekebun kecil getah seluruh negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Abdul Razak semasa kepen pilihan raya kecil di Kuala Kangsar.

Anggota SPR, Datuk Abdul Aziz Khalidin berkata suruhanjaya itu juga tidak mempunyai masalah dengan tindakan MCA dan Gerakan yang mengagihkan beras kepada pengundi dan juga tindakan pembangkang yang memberi penyokongnya seikat sawi.

"Dari pandangan kita, kita tidak melihat sebarang masalah, (kita) tidak melihatnya sebagai bertentangan dengan peraturan (pilihan raya).

"Ini bergantung tafsiran daripada semua pihak," katanya selepas memantau proses pengundian awal di kuarters polis di Kuala Kangsar pagi ini.

Najib Jumaat lalu, semasa berkempen di Kuala Kangsar, meminta rakyat untuk memenuhi hasrat dan menyokong BN selepas mengumumkan pemberian RM500 kepada penoreh getah dan pekebun kecil.

"Saya sudah tunaikan hajat tuan-puan, jadi saya minta tuan- puan tunaikan satu sahaja hajat saya.

“Hajat saya tolong sokong calon BN (Datin Mastura Mohd Yazid). Sikit sahaja," kata Najib ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS