Seorang lelaki direman seminggu bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan di Kamunting semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata lelaki berumur 30-an berkenaan ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah sehingga 20 Jun ini.

"Pihak polis masih menunggu laporan sama ada lelaki berkenaan menghadapi masalah mental atau sebaliknya," katanya.

Semalam, Siti Mahfuzah Baharudin, empat tahun ditemui mati dalam kolah air di rumahnya di Kampung Setia Jaya kira-kira 5.50 petang.

-Bernama