Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini memberitahu beliau dikehendaki melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar untuk diambil kenyataan berhubung siasatan kes ugutan jenayah ‘bom atom’.

Rafizi dalam sidang medianya sebentar tadi.

Kataya, seorang pegawai polis berpangkat inspektor memaklumkan beliau perlu memberi keterangan berhubung kandungan #Bongkar yang mendedahkan perbelanjaan jet-jet digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Daeng Selili, Kuala Kangsar.

Justeru kata Rafizi beliau bersetuju untuk melapor diri ke IPD Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang ini.

Kelmarin, polis membuka kertas siasatan berhubung kes membabitkan ceramah anggota Parlimen Pandan itu, yang didakwa mengandungi unsur ugutan jenayah terhadap perdana menteri.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan polis berhubung dakwaan itu.