Mahathir harap calon BN hilang deposit
Dr Mahathir Mohamad menggesa pemilih di Kuala Kangsar memastikan calon BN Mastura Mohd Yazid (gambar) hilang wang deposit dalam pilihan raya kecil parlimen itu.
Justeru, kata bekas perdana menteri, pemilih pelbagai kaum mesti bersama-sama memilih calon Pakatan Harapan Ahmad Termizi Ramli daripada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Bercakap kepada penduduk di Kampung Baru Jerlun, Kuala Kangsar, Mahathir juga menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “mahkluk perosak negara”.
Calon-calon akan hilang wang depositi jika menadpat undi kurang daripada 4,000 pada hari mengundi Sabtu ini.
Kawasan itu mempunyai 32,949 pemulih berdaftar.
Mastura ialah balu kepada penyandang kerusi itu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia akibat nahas helikopter semasa kempen pilihan raya Sarawak lalu.
Selain calon AMANAH, Mastura akan berdepan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (bebas).
Terdapat 22,496 pendungi Melayu di kawasan itu, Cina (7,757), India (2,287), Bumiputera Sarawak (16), Bumiputera Sabah (13) dan Orang Asli (330).
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.