Bekas anggota parlimen PKR S Manikavasagam menafikan dia terbabit dalam rasuah, lapor Bernama selepas dibebaskan daripada tahanan petang tadi.

Manikavasagam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Bernama melaporkan Manikavasagam bebas kira-kira jam 3 petang hari ini.

Manikavasagam didakwa ditahan bersama wang bernilai RM30,000 yang dikatakan diterima daripada seorang kontraktor untuk membolehkan pihak tersebut mendapat kontrak pengurusan kemudahan awam.

Penahanan bekas MP Kapar itu disahkan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.

Selain menjawat tugas sebagai ketua PKR cabang Kuala Selangor Manikavasagam juga adalah pengarah pengaduan awam parti berkenaan.

Naib Presiden PKR Tian Chua sebelum ini berkata parti berkenaan akan bertemu dengan Manikavasagam untuk mendapatkan penjelasan daripadanya.

[Baca berita asal]