Pengerusi NGO direman kes minta wang perlindungan
Diterbitkan: Jun 23, 2016 1:39 PM | Dikemas kini: Jun 23, 2016 1:45 PM
Polis hari ini mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Seremban untuk menahan reman seorang pengerusi badan bukan
kerajaan (NGO) bagi membantu siasatan kes meminta wang perlindungan.
Perintah reman dua hari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban Nor Anida Norhamdan.
Pengerusi NGO itu ditahan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berdekatan Plaza Tol Nilai dekat sini pada 10.50 malam tadi.
Polis sedang menyiasat kes meminta wang perlindungan RM25,000 daripada pengendali judi ekor tanpa lesen malam tadi.
-Bernama

