BN bukan perbandingan untuk Pakatan Harapan, kata menteri
Pengarah Komunikasi Strategi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau tidak terkejut berikutan keengganan PAS untuk berdamai dengan Pakatan Harapan kerana pakatan pembangkang itu tidak boleh diperbandingkan dengan kerajaan BN dalam segi dasar.
"Bolehkah anda namakan apa-apa dasar mereka dalam tempoh enam (tahun) yang lalu, sama ada Pakatan Harapan atau Pakatan Rakyat ? Adakah dasar-dasar baru diumumkan? Sifar. Mereka hanya tahu bermain politik ," selar beliau.
Menteri Umno itu turut menekankan bahawa Pakatan Harapan tidak dapat menawarkan alternatif kepada rakyat kerana tidak dapat bertahan lama ekoran perbezaan ideologi.
"Saya rasa rakyat Malaysia tahu bahawa Pakatan Harapan dalam keadaan kucar-kacir. Mereka tidak mempunyai penyelesaian, program dan pendekatan yang memberikan cabaran yang hebat kepada BN, " kata Rahman pada sidang akhbar.
"Kita mungkin mempunyai kelemahan di sana sini, tetapi kami konsisten, ada hala tuju yang jelas selain teguh dengan program untuk rakyat. Kita tahu bagaimana untuk menghormati antara satu sama lain dan kita bekerja sebagai satu pasukan, " katanya.

