Penerima MyDeposit gembira dengan kerajaan BN kerana memberi mereka wang pendahuluan maksimum RM30,000
untuk pinjaman perumahan mereka, yang mereka tidak perlu bayar balik.

Mereka melahirkan rasa syukur dan mengakui mereka mungkin mempertimbangkan untuk mengundi BN dalam pilihan raya
umum akan datang, tetapi berkata ia semata-mata tidak akan menentukan keputusan undi mereka.

Mereka berkata mereka akan perlu mengambil kira faktor-faktor dan isu-isu lain, seperti kos sara hidup.

MyDeposit adalah program insentif perumahan untuk membolehkan pembeli rumah pertama dengan berpendapatan
rendah untuk memiliki rumah.

Kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk program ini, yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan pertama penerimanya ialah 40 pemilik rumah yang layak daripada 425 pemohon di Putrajaya, semalam.

"Tanpa ini (bantuan), saya perlu meminjam dari ahli keluarga saya. Kerajaan benar-benar banyak membantu saya," kata seorang jurutera elektrik yang berusia 28 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Ng

Dia membeli rumah berharga RM410,000 di Shah Alam.

Ng, yang mengundi di Melaka, berkata beliau akan mempertimbangkan menyokong BN kerana beliau berpendapat bahawa parti pemerintah ikhlas dalam membantu rakyat.

Seorang lagi penerima, seorang jurutera perisian berusia 29 tahun yang mahu dipanggil How, lebih suka untuk merahsiakan pendirian politiknya.

"Ini akan bergantung kepada isu-isu," katanya ketika ditemui pada majlis pemberian MyDeposit.

Dia dan isterinya membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM400,000 di Pulau Pinang.

"Saya masih belum mendaftar sebagai pengundi. Saya perlu mempunyai tempat tinggal yang tetap terlebih dahulu, jadi
saya tidak perlu menukar alamat mengundi saya," katanya.

Faktor kenaikan harga

Sementara itu, Amos, 28, yang terharu dengan bantuan kerajaan itu, berkata pilihannya terbuka dan dia akan menilai setiap aspek.

"Mari kita lihat apa yang mereka (BN) boleh lakukan mengenai ekonomi, kenaikan harga barang dan harga petrol," katanya.

Seorang lagi penerimanya ialah setiausaha syarikat yang berusia 40 tahun Chan, yang membeli sebuah pangsapuri perkhidmatan di Cheras.

"Saya terkejut (untuk mendapatkan wang pendahuluan ini). Saya tak dapat BR1M. Wang pendahuluan ini akan banyak membantu kami kerana saya tidak boleh mendapatkan pinjaman penuh," katanya.

Chan, yang mengundi empat kali di Perak, berkata dia telah mengundi pembangkang sebelum ini tetapi menyokong BN pada tahun 2013 kerana merasakan pembangkang tidak boleh menunaikan apa yang telah dijanjikan.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan beliau dalam pilihan raya umum akan datang akan berdasarkan kepada prestasi ekonomi.

[Baca berita penuh]